Tip:
Highlight text to annotate it
X
Saya Caroline Moore dan saya Pelajar Junior di Sekolah Tinggi Warwick Valley di Warwick, New York.
Sejak kecil saya sentiasa tertanya-tanya mengenai dunia di sekeliling saya,
dan saya rasa yang ia tentunya memainkan peranan besar dalam minat saya terhadap astronomi.
Ia adalah hobi yang saya kongsi dengan Ayah saya.
Apabila dia semakin lama semakin berminat, saya membuat keputusan untuk membina balai cerap di mana
kami boleh meletakkan semua peralatan secara kekal dan mula mencerap.
Jadi sayalah orang yang dipanggil pemburu supernova.
Saya mengambil gambar langit malam dan saya mengimbasnya untuk melihat perubahan ketara.
Suatu malam semasa saya sedang melihat beberapa imej, saya menemui sesuatu yang kelihatan agak
menarik, jadi ketika itulah saya mencari di Google tentang alam semesta untuk melihat apa yang boleh saya temui.
Setelah mencari beberapa ketika, saya menyedari bahawa saya mungkin telah menemui supernova pertama saya.
Jadi saya menghantarkannya kepada Kesatuan Astronomi Antarabangsa.
Dan lewat suatu petang, seorang rakan kami menelefon dan berkata dia ingin bercakap
dengan Caroline,
dan dia menyampaikan berita kepada Caroline yang dia telah menemui dan menjadi orang termuda
di dunia yang pernah menemui supernova.
Dan saya mula melompat-lompat sambil menjerit gembira dan sebagainya, ia hebat.
Saya datang ke sekolah dan pelajar akan berteriak "supernova, supernova!" berulang-ulang kali.
Jadi ya, amat berbangga tetapi ada sedikit rasa cemburu, kerana anda tahulah, ada persaingan antara kami.
Dia berada di balai cerap setiap malam juga, jadi sudah pasti saya perlu mencari satu lagi.