Tip:
Highlight text to annotate it
X
Pada 4hb Julai 2011, kami membuat satu permintaan
sertailah kami dalam pembikinan filem tentang ketergantungan #interdependence.
Berduyun senikarya dan video dari seluruh pelusuk dunia
Dan yang berikutan hasilnya...
Apabila tibanya masa dalam sejarah manusia...
Dimana ianya semakin harus untuk kita
menentukan apakah unsur-unsur asas persamaan
yang menghubungkan kita.
Demikian wajib kita menilai semula
kebenaran yang terbukti jelas dan nyata
Setiap insan itu dicipta sama rata
dan saling berhubungan
Setiap insan itu dicipta sama rata dan saling berhubungan
Yakni kita bersama berkongsi matlamat kehidupan
kebebasan
kebahagiaan
rezeki
air
tempat berlindung
keselamatan
pendidikan
keadilan
dan harapan untuk masa hadapan yang lebih cerah.
Hakmilik bersama ilmu kolektif
ekonomi
teknologi dan alam sekitar
pokoknya saling bergantungan antara satu sama lain
Ketergantungan kita.
Apakah yang akan menggerakkan kita kehadapan sebagai kaum manusia
adalah sikap rasa ingin tahu
kemaafan
kesyukuran
keberanian
dan hasrat kita untuk menjalinkan hubungan.
Inilah perkara-perkara yang kita kongsi bersama
yang pokoknya akan dapat membantu perkembangan kita
mengecapi tahap potensi tertinggi
Dan walaupun kita harus mengambil serius akan permasalahan kita
Kita tidak perlu senantiasa berwajah terlalu serius
Kerana antara lain yang menghubungkan kita
adalah keupayaan kita untuk tersenyum
dan keupayaan kita untuk belajar dari kesilapan.
Supaya kita pelajari dari kesilapan silam
dan untuk mengerti tempat kita di dunia
dan menggunakan gabungan ilmu kolektif
untuk menjana masa hadapan yang lebih cemerlang
Mungkin sudah tiba saatnya
kita sebagai bangsa
yang mudah tertawa
yang suka mempersoal, dan menjalin hubungan
untuk menjayakan sesuatu yang radikal dan nyata.
Berabad lamanya kita memperakui taraf kebebasan
Mungkin sudah tiba masanya
kita sebangsa manusia
memperakui taraf keterhubungan
Keterhubungan kita
Akuilah taraf keterhubungan...
let it ripple [letitripple.org]
let it ripple [letitripple.org] -- declare
"Let it Ripple: Filem Global untuk mobilisasi"