Tip:
Highlight text to annotate it
X
Hai! Saya Ray dan saya bekerja di IKEA sebagai pereka dalaman.
Hari ini saya ingin menunjukkan anda ruang yang yang sangat luar biasa.
Ruang ini adalah 40 meter persegi. Ia tempat tidur untuk enam orang.
Ia boleh digunakan sebagai rumah percutian atau penginapan pelajar.
Di dalam ruang yang kecil adalah sangat penting untuk menggunakan ruang menegak.
Kami juga telah menghasilkan tiga set katil dua tingkat.
Setiap satu mempunyai ruang peribadi sendiri.
Kami mempunyai beberapa storan yang cantik di bawah katil dua tingkat itu.
Kami juga menggunakan sehelai langsir untuk privasi.
Di sudut ini kami ada ruang membaca dan ruang muzik.
Inilah pusat rumah ini. Meja makan.
Meja makan ini boleh dipanjangkan.
Ia boleh digunakan untuk bersosial dan untuk bekerja.
Kita beralih pula kepada dapur.
Ini adalah dapur yang sibuk. Banyak orang luangkan masa di sini-
-jadi kami bercadang menggunakan storan terbuka jadi barang-barang mudah diambil.
Di sini, kami mempunyai sistem rel dengan perkakas yang digantung.
Jadi, barang boleh dicapai dengan mudah.
Di sini, kami mempunyai unit storan menggunakan ruang menegak.
Barang yang banyak dengan akses yang mudah, barang boleh dicari dengan pantas.
Di sini, kami telah membina di sekeliling ruang ini, supaya kami mendapat ruang almari storan yang bagus-
-dan kami mempunyai ruang memotong yang menyenangkan. Di sekeliling bahagian belakang ruang ini-
-sini kita mempunyai dua papan kenyataan untuk menguruskan komunikasi.
Di sini kita menggunakan dua rak majalah untuk menyusun atur surat.
Sekarang kita ke laluan masuk.
Dengan ramai orang yang tinggal di ruang yang kecil-
-laluan masuk haruslah disusun atur dengan baik.
Di sini kita menggunakan unit rak yang sama seperti di dapur.
Semua orang mempunyai ruang sendiri dengan kotak berlabel di atas rak.
Di sini kita ada unit yang sama, dengan kotak sampah. Ini adalah bagus-
-kerana kita boleh membawanya keluar daripada laluan masuk dengan cepat.
Para yang panjang dengan kotak yang menyimpan topi atau skarf dan sarung tangan.
Kami mempunyai sebaris cangkuk untuk semua orang.
Di sini kami ada sebuah bangku, tempat duduk untuk menanggalkan kasut.
Di bawah bangku ini kami gunakan untuk kasut.
Itu sahaja, "Hej då" daripada saya.