Tip:
Highlight text to annotate it
X
Cerita saya bermula di Zimbabwe
dengan seorang renjer yang bernama Orpheus
dan seekor kerbau yang tercedera.
Orpheus melihat kerbau yang berada di atas tanah, dan dia melihat saya,
dan ketika mata kami bertembung, timbulnya kesedihan yang tidak terucap antara kami bertiga.
Kerbau itu seekor haiwan liar yang cantik dan tidak berdosa,
dan Orpheus mengangkat muncung senapangnya ke telinga kerbau itu. (Bunyi tembakan)
Pada ketika itu, kerbau itu mula bersalin.
Oleh sebab anak kerbau pramasa itu tinggal nyawa-nyawa ikan, kami periksa kecederaan kerbau itu.
Kaki belakangnya terikat pada perangkap dawai.
Kerbau itu bergelut sebegitu lama demi kebebasan
sehingga pelvisnya terkoyak kepada dua bahagian.
Akhirnya, kerbau itu bebas.
Tuan-tuan dan puan-puan, hari ini saya mempunyai rasa bertanggungjawab yang amat sangat
untuk bercakap kepada anda bagi pihak-pihak yang tidak dapat melakukannya.
Penderitaan mereka ialah kesedihan saya dan motivasi saya.
Kata-kata Martin Luther King dapat menyimpulkan tujuan saya ke sini.
Dia kata, "Terdapat keadaan apabila seseorang mesti membuat pilihan yang bukannya selamat,
bersifat politik, atau popular.
Tapi dia mesti membuat pilihan itu kerana suara hatinya mengatakan itu adalah betul."
Kerana suara hatinya mengatakan itu adalah betul.
Pada akhir ceramah ini, saya akan menanya anda satu soalan.
Soalan itu ialah satu-satunya sebab saya datang ke sini dari savana Afrika.
soalan itu telah membersihkan jiwa saya.
Jawapan anda akan kekal bersama anda.
Saya masih ingat wayang "The Wizard of Oz" yang ditonton semasa kecil.
Saya tidak pernah takutkan perempuan sihir atau monyet terbang itu.
Saya paling takut bahawa saya akan menjadi seperti singa itu yang tiada keberanian.
Setelah dewasa, saya kerap menanya diri sendiri sama ada saya berani.
Selepas beberapa tahun, Dorothy kembali ke Kansas,
dan singa itu menemui keberaniannya.
Saya pergi ke kedai tatu dan biarkan
rangkai kata "Mencari dan memusnahkan" dicacah pada dada saya.
Saya ingat itu akan menjadikan saya kuat dan berani.
Tapi saya mengambil masa hampir satu dekad untuk mencapainya.
Semasa berusia 20 tahun, saya menjadi pembersih dalam angkatan tentera laut.
Semasa berusia 25 tahun, saya menjadi penembak hendap dalam operasi khas.
Saya tahu berapa klik ketinggian senapang yang diperlukan
untuk menembak sasaran bergerak dari jarak sejauh 700m.
Saya tahu berapa gram bahan letupan yang diperlukan
untuk meletupkan pintu keluli dari jarak beberapa meter,
tanpa memudaratkan diri sendiri, atau pasukan yang berada di belakang saya.
Saya tahu bahawa Baghdad ialah suatu tempat yang teruk; apabila berlakunya tembakan,
orang akan mati.
Pada masa itu, saya tidak tahu apa yang dilakukan penyokong pemuliharaan,
selain memeluk pokok dan membangkitkan kemarahan syarikat besar. (Gelak ketawa)
Saya tahu mereka menocangkan rambut. Saya tahu mereka menghisap dadah. (Gelak ketawa)
Saya tidak mengambil berat tentang alam sekitar; kenapa saya patut lakukannya?
Dulu, saya si bodoh yang memecutkan kereta dan cuba melanggar burung.
Konsep pemuliharaan tidak wujud dalam hidup saya.
Saya menghabiskan masa 9 tahun melakukan perkara sebenar
yang diimpikan kebanyakan pemain Playstation.
Selepas 12 operasi di Iraq sebagai askar upahan, semua kemahiran saya digunakan dalam satu perkara:
Saya diprogram untuk melakukan pemusnahan.
Melihat semula segalanya yang saya telah lakukan, dan semua tempat yang saya telah kunjungi,
bagi saya, saya cuma pernah melakukan satu tindakan yang berani:
memilih "Ya" atau "Tidak".
Tapi tindakan itu yang mendefinasikan siapa saya
dan memastikan tiadanya perbezaan antara siapa saya dan apa yang saya lakukan.
Setelah meninggalkan Iraq, saya tersesat.
Saya tidak tahu hala tuju hidup saya
atau apa yang saya patut lakukan. Saya tiba di Afrika pada awal tahun 2009.
Saya berusia 29 tahun pada masa itu.
Entah kenapa, saya selalu tahu bahawa saya akan menemui tujuan saya dalam keadaan kelam-kabut,
dan itulah yang berlaku.
Saya tidak tahu bahawa saya akan menemuinya di sebuah kawasan terpencil di Zimbabwe.
Kami sedang meronda, dan burung hering mengelilingi di udara.
Apabila kami semakin hampir, bau busuk kematian seolah-olah vel gelap yang menyelubungi tempat itu,
dan menyedut oksigen dari peparu kami.
Apabila kami semakin hampir, seekor gajah jantan terbaring,
mukanya telah dipotong dan dikeluarkan.
Keadaan di sekitar saya menjadi senyap.
Saya diselubungi kesedihan yang amat sangat.
Melihat seekor haiwan yang tidak berdosa dibunuh sebegitu merupakan satu tamparan yang besar bagi saya.
Sebagai remaja, saya pernah memburu haiwan; ingatan itu akan masuk ke kubur bersama saya.
Masa telah mengubah saya; saya bukan orang yang sama lagi.
Saya tidak akan menjadi orang yang sama lagi.
Saya menanya diri sendiri, "Adakah gajah itu lebih memerlukan mukanya
berbanding orang di Asia yang memerlukan gading di mejanya?
Semestinya, ya. Tapi ia tidak relevan.
Apa yang penting di situ dan kemudian ialah:
Adakah saya berani melepaskan segalanya dalam hidup saya dan cuba menghentikan penderitaan haiwan?
Ini merupakan saat yang mendefinasikan saya dalam hidup saya:
"Ya" atau "tidak"?
Pada keesokan hari, saya menghubungi ahli keluarga saya dan mula menjual semua rumah saya.
Askar upahan yang bijak dapat semua aset ini dengan cepat apabila berlakunya peperangan.
*** saya digunakan untuk menubuhkan dan mengembangkan Yayasan AntiPemburuan Haram Antarabangsa.
Yayasan ini ialah organisasi tindakan langsung dan penguatkuasa undang-undang.
Daripada renjer yang berpengetahuan teknologi pesawat sehingga renjer yang berkelayakan antarabangsa,
kami berjuang setiap hari dengan menggunakan penyelesaian angkatan tentera
dalam pemuliharaan hidupan liar.
Mungkin cerita saya agak unik,
tapi saya tidak akan bercakap tentang organisasi saya --
mungkin ia akan membantu saya mendapatkan ***.
(Gelak ketawa dan tepukan)
Ingat, hari ini berkaitan dengan soalan yang saya akan tanya anda pada akhir ceramah ini.
Ini kerana adalah mustahil bagi saya untuk hanya bercakap tentang menyelamatkan hidupan liar
apabila saya tahu masalah kebajikan haiwan adalah lebih luas dalam masyarakat.
Beberapa tahun selepas saya melihat gajah itu, saya bangun dengan awal pada suatu pagi.
Saya mempunyai jawapan untuk soalan yang saya akan menanya diri sendiri,
tapi buat kali pertamanya saya membentuknya dengan perkataan:
Adakah nilai hidup seekor lembu lebih tinggi daripada nilai saya menikmati barbeku?
Selama ini, saya rasa bersalah terhadap konsep "spesiesme".
Spesiesme sama dengan rasisme atau seksisme.
Ia melibatkan pembezaan nilai, hak atau pertimbangan khas terhadap individu,
hanya berdasarkan "siapa" atau "apa".
Kesedaran tentang prinsip moral yang fleksibel
yang saya gunakan demi kesenangan harian menyebabkan saya berasa jengkel.
Saya suka menyalahkan orang-orang di Asia yang tamak akan gading dan tanduk badak.
Kepesatan pertumbuhan ekonomi di rantau itu
menyebabkan perdagangan hidupan liar yang haram meningkat dengan cepat.
Ketika saya bangun pada pagi itu, saya sedar bahawa
walaupun saya mendedikasikan hidup saya untuk menyelamatkan haiwan,
saya bukannya lebih baik daripada seorang pemburu haram,
atau orang di Asia yang mempunyai gading di mejanya.
Saya menganggap "pemakan daging yang keterlaluan ini" sebagai "binatang",
tapi pada hakikatnya saya ialah binatang: menurut perintah dan melakukan pemusnahan,
seorang hamba kepada tabiat saya, tidak pedulikan suara hati saya.
Kita pernah mempunyai hubungan dengan haiwan peliharaan atau haiwan lain dalam hidup kita.
Kita tidak menafikan pemahaman kita terhadap perasaan semua haiwan ini:
kesakitan atau kesepian,
dan ketakutan.
Seperti kita, setiap haiwan boleh berasa puas hati,
membina struktur keluarga, dan memenuhi naluri dan keinginan.
Tapi bagi kebanyakan daripada kita,
kita membiarkan imaginasi kita berkembang
sehingga kebenaran membawa kesulitan kepada cara hidup kita.
Terdapat perbezaan yang besar antara menggunakan sesuatu produk
dengan membawa produk itu ke pasaran.
Haiwan dilayan seperti komoditi dan dirujuk sebagai harta benda.
Membunuh manusia ialah "pembunuhan". Mewujudkan industri sah dan haram
yang melibatkan manusia ialah "penyeksaan".
Kita mengupah orang untuk melakukan apa yang kita tidak mahu lakukan sendiri.
Walaupun kita tidak melihatnya sendiri, ia tidak bermakna kita tidak bertanggungjawab.
Peter Singer, orang yang mempopularkan istilah "spesiesme", menulis:
"Walaupun terdapat perbezaan antara haiwan dengan manusia,
kedua-duanya mempunyai keupayaan untuk menderita.
Kita mesti memberikan pertimbangan yang sama kepada pihak yang menderita.
Sebarang pendirian yang membenarkan kes-kes yang serupa dilayan dengan cara yang berbeza
tidak layak dianggap sebagai teori moral yang boleh diterima."
Pada tahun ini, 65 bilion haiwan akan dibunuh di kilang-kilang di seluruh dunia.
Berapakah ekor haiwan setanding dengan nyawa seorang manusia?
Secara purata, seorang pemakan daging akan makan 8,000 ekor haiwan sepanjang hayatnya.
Pencemaran laut, pemanasan global dan pembasmian hutan
sedang membawa kita ke arah kepupusan secara besar-besaran;
industri daging ialah faktor negatif yang utama dalam hal ini.
Kini, perdagangan haram hidupan liar ialah salah satu industri jenayah yang terbesar di dunia ini --
ia ditempatkan bersama pengedaran dadah, senjata, dan perdagangan manusia.
Keupayaan untuk menghentikan pemusnahan ini
bergantung kepada kesanggupan komuniti antarabangsa
untuk campur tangan dan memelihara haiwan global yang semakin pupus ini.
Pengujikajian haiwan --
Jika haiwan begitu serupa dengan manusia sehingga kita boleh menggantikannya dengan manusia,
maka semestinya haiwan mempunyai ciri-ciri yang sama
dan ia bermakna haiwan sepatutnya dilindungi daripada kemudaratan.
Sama ada kita bercakap tentang perladangan kilang, pengekspotan haiwan, pemburuan haram, perdagangan bulu,
secara logik, semuanya adalah sama bagi saya.
Penyeksaan ialah penyeksaan;
pembunuhan ialah pembunuhan.
Semakin tidak berupayanya mangsa,
semakin dahsyatnya jenayah itu.
Lain kali, apabila anda rasa seseorang penggemar haiwan terlalu beremosi,
terlalu ghairah, bahkan sedikit gila, sila ingat bahawa
kami melihatnya dari sudut yang berbeza.
Anak saya akan lahir dalam masa beberapa hari lagi.
Saya tertanya-tanya, "Dia akan datang ke dunia yang bagaimana?"
Adakah kita akan didefinasikan sebagai generasi yang gagal?
Saya percaya bahawa generasi kita akan dinilai
berdasarkan keberanian moral kita untuk melindungi apa yang betul.
Setiap tindakan yang berbaloi itu memerlukan pengorbanan pada tahap tertentu.
Sekarang, saya menawarkan diri sendiri, tanpa ragu-ragu, kepada haiwan.
Apabila saya menyingkirkan semua barang di sekitar saya,
saya nampak bahawa, saya ialah haiwan juga.
Kita ialah ahli keluarga, di planet yang sama.
Bagi 5 juta spesies di planet ini,
hanya satu spesies yang dapat menentukan tahap penderitaan yang boleh diterima
oleh makhluk-makhluk yang dapat merasa.
Sama ada kurangkan pemakanan daging,
menentang pemburuan haram atau bercakap bagi pihak haiwan,
kita mempunyai pilihan.
Perubahan kecil dalam hidup kita ialah perubahan besar dalam hidup makhluk lain.
Jadi, balik kepada permulaan.
Saya berada di sini kerana saya ada satu soalan untuk anda:
Lain kali, jika anda berpeluang membawa perubahan kepada haiwan,
adakah anda berani melakukannya?
"Ya" atau "Tidak"?
Terima kasih banyak-banyak.