Tip:
Highlight text to annotate it
X
2012 merupakan tahun yang menakjubkan buat Awakening
Di mana artis-artis kami telah membuat persembahan di 101 konsert di seluruh dunia
Dihadiri oleh 128,350 orang penonton, di 23 buah negara antaranya
Algeria, Austria, Belgium, Brunei, Canada, China, Egypt, Germany, Indonesia,
Ivory Coast, Malaysia, Qatar, Saudi Arabia, Sepanyol, Switzerland, UK, USA, dan banyak lagi
Konsert-konsert kami telah ditaja oleh pelbagai jenama antarabangsa
Canon, Yahoo, McDonald’s, Warner Music, dan Pepsi
Album kedua Maher Zain, ‘Forgive Me’ telah dilancarkan dengan penuh meriah
dengan 4 versi yang berbeza: Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Arab, dan versi vokal sahaja.
Album tersebut berjaya merangkul pelbagai anugerah platinum hanya beberapa hari selepas pelancarannya.
Dan pada bulan Disember, Awakening Records telah melancarkan album kompilasi ‘Muzik Islam Terbaik’,
menampilkan 16 trek lagu oleh nama-nama yang terkemuka di dalam industri muzik Islam
Awakening telah terus menerus memberi inspirasi kepada jutaan manusia di seluruh dunia melalui penghasilan video muzik yang berkualiti,
Juga dengan menerbitkan beberapa video lirik rasmi online untuk menjadikan lagu-lagu artisnya lebih mudah didapati.
Di dalam dunia media sosial, Awakening telah berkembang dengan pesat pada tahun 2012,
I mana pelanggan YouTube telah meningkat empat kali ganda daripada 50,000 kepada lebih 185,000 pelanggan.
Jumlah tontonan video kami telah meningkat dua kali ganda - daripada 46 juta kepada hampir 115 juta jumlah tontonan
Jumlah video yang telah kami muatnaik meningkat sebanyak 80%, daripada 148 kepada 234 video.
Dan di Twitter, jumlah terkumpul pengikut kami telah meningkat dari 500,000 kepada 1.2 juta pengikut
Manakala di Facebook, jumlah terkumpul peminat kami telah meningkat dua kali ganda daripada 4 juta kepada 8 juta orang peminat.
Awakening dan para artisnya telah ditampilkan di TV dan stesen-stesen radio, juga di pelbagai surat khabar dan majalah di serata dunia.
Awakening Publications telah melancarkan tiga buku baru yang ditulis oleh tiga orang penulis tersohor dunia:
Dari MTV ke Mekah’ oleh Kristiane Backer
Sebuah Perjalanan Menuju Tuhan’ oleh Dr Jasser Auda - dan
‘Muslim di Barat’ oleh Professor Tariq Ramadan
Awakening telah melebarkan jaringan pengedarannya dengan pelbagai perjanjian pengedar yang baru dimeterai, di banyak negara di seluruh dunia.
Tempahan yang dibuat di AwakeningStore.com kini dihantarkan terus ke pintu rumah anda di mana sahaja anda berada di dunia.
Rakan pengedar digital kami antaranya: iTunes, Amazon, Spotify,
Vodafone, Maxis, Zain, Telkomsel, Maroc Telecom, dan banyak lagi.
Kami juga mengambil bahagian di dalam pelbagai konsert amal dan majlis meraih sumbangan di seluruh dunia
Dan telah berjaya meraih lebih daripada 2 juta dollar untuk sumbangan kebajikan
Sounds of Light’ Konsert Jelajah UK - untuk membantu Syria
Konsert ‘Send A Little Hope’ di UK untuk membantu anak-anak yatim
Majlis sumbangsih sempena hari lahir Maher Zain untuk air minum yang bersih di Afrika
Konsert ‘Songs for The Children’ di US - untuk membantu kanak-kanak di seluruh dunia
Jelajah Sepanyol - untuk membantu anak-anak yatim
Yayasan King Hussein untuk pesakit Kanser, Jordan
Yayasan Khadija, Indonesia
Sharjah City untuk bantuan kemanusiaan, Emiriah Arab Bersatu
Awakening - dengan kerjasama NGO "Selamatkan Anak Yatim" - juga telah menghasilkan video muzik "So Soon"
untuk meningkatkan kesedaran tentang penderitaan anak-anak yatim di seluruh dunia dan isu-isu yang berkaitan seperti buruh kanak-kanak.
Tahun 2012 merupakan tahun yang penuh kejayaan bagi Awakening, dan tahun 2013 dijangka akan menjadi lebih baik!
Teruskan bersama untuk pelbagai lagi kejutan pada tahun ini. Ingatlah Awakening! www.awakening.org Translated by: Syed Ahmed Israa'