Tip:
Highlight text to annotate it
X
"TICKS" Peraturan untuk keselamatan pemakaian:
ketat,
sentiasa dalam penglihatan setiap masa,
dekat,
Jauhkan dagu bayi daripada dadanya,
Belakang badan disokong.
ketat:
Baba Sling seharusnya cukup ketat untuk anda dan bayi anda.
Kain yang longgar atau kendur akan membuatkan bayi anda menggelungsur ke bahagian dalam Baba Sling,
Di mana keadaan ini boleh mengganggu bahagian belakang anda dan menghalang pernafasan bayi.
Jika anda merasakan anda perlu untuk memegang bayi anda setiap
masa, anda mungkin perlu mengetatkan lagi tali pelarasan.
sentiasa dalam penglihatan setiap masa:
Anda seharusnya dapat sentiasa melihat wajah bayi anda.
Kain dan bahagian tepinya seharusnya tidak menutup sekeliling
bayi anda sehinggakan anda perlu membukanya untuk melihat bayi anda.
Dalam keadaan berbaring, badan bayi anda perlulah sentiasa menghala ke atas
Bukannya menghala ke arah badan anda
dekat dengan anda untuk dicium:
Kepala bayi anda seharusnya rapat dengan dagu anda seselesa yang mungkin.
Anda seharusnya boleh mencium bayi di kepala dengan mudah,
hanya menundukkan muka anda
jauhkan dagu bayi daripada dadanya:
Untuk memastikan pernafasan bayi lancar, bayi anda tidak boleh
berkeadaan tersepit sehinggakan dagu bayi anda tertolak ke dadanya.
Pastikan sekurang-kurangnya terdapat jarak satu
jari di bawah dagu bayi sehingga ke dadanya.
belakang badan disokong:
Apabila bayi dalam keadaan duduk, pastikan bahagian belakang badan mereka disokong,
Dengan perut dan dada bayi menyandar pada badan anda
Jika tali penyangga terlalu longgar, badan bayi akan terkehadapan,
dan keadaan ini akan menutup saluran udara dan menghalang pernafasan bayi.
Nota : cuba perlakuan ini dengan meletakkan satu tangan di bahagian belakang bayi dan tekan dengan perlahan
Jika anda meletakkan bayi anda dengan betul, bayi anda tidak akan bergerak ke arah anda
Jika bayi berada dalam kedudukan 'easy rider' (duduk), pastikan bahawa punggung
bayi berada dalam bahagian bawah sekali di dalam Baba Sling supaya bayi tidak tergelungsur,
Di mana boleh menyebabkan dagu bayi tertekan ke dadanya.