Tip:
Highlight text to annotate it
X
Waktu sekarang adalah 18:25 dan 9 saat...sekarang
Baiklah terima kasih banyak-banyak kerana menyertai saya... tolong, bolehkah kamu menyatakan nama dan pekerjaan?
Nama saya adalah Alfred Kröner
Saya berada di university Mainz Jerman barat dan adalah profesor geologi yang telah bersara
Dibawah undang-undang UK saya mesti memberitahu
bahawa perbincangan ini dirakam, adakah saya mendapat kebenaran kamu untuk menjadikan isi kandungan ini umum?
Pasti!
Terima kasih banyak-banyak!
Saya cuma ingin menyoal kamu beberapa soalan ringkas, yang pertama saya ingin menyoal...
Kamu adalah Alfred Kröner yang berada didalam video
memberi komen tentang Quran, ini adalah lampau lewat tahun 70'an atau awal 80'an
Bolehkah saya menanya apakah yang menyebabkan kamu untuk menyertai persidangan ini?
Baik, tidak ada keadaan yang istimewa. Ini adalah persidangan profesional dimana banyak orang asing
dan kaum Arab berjumpa kerana ia adalah pertama kali secara besar-besaran
projek pengkajian diusahakan di Arab Saudi
dan universiti Jeddah, ini bermakna universiti Raja Abdulaziz sebenarnya yang merencana persidangan ini
kerana kebanyakan daripada pensyarah dan pelajar lama universiti itu sebenarnya tamat pengajian daripada
Britain atau negara Eropah Barat dan oleh itu mahu menunjuk-nunjuk hasil mereka
Jadi adakah ia secara khususnya persidangan mengenai Quran dan agama?
Atau adakah ianya persidangan mengenai hal lain?
Ia tidak ada kena mengena langsung dengan agama, ianya secara khusus adalah persidangan profesional mengenai geologi
Tidak ada sepatah perkataan langsung mengenai agama ataupun Quran atau sesuatu mengenainya!
Apakah keadaan yang menyebabkan kamu disajikan dengan teks keagamaan
dan selepas itu ditanya untuk memberi komen mengenainya?
Baiklah...
semasa persidangan terdapat penemubual daripada Saudi TV direncana oleh, yang pada masa itu adalah pemangku presiden
universiti itu khususnya
dan kira-kira lima atau enam,
Saya tidak dapat mengingatinya dengan baik, profesor daripada pelbagai pelusuk
Eropah dan universiti-universiti utara AmeriKa
yang menghadiri temubual TV ini
dan disitulah pertama kalinya ia
ditujukan kepada kami persoalan ini
"Pada tahap mana Quran sesuai dengan pemikiran semasa dalam bidang Sains Bumi?"
Komen kamu selepas itu digunakan untuk mencadangkan yang kamu berpikiran bahawa Quran itu mengandungi maklumat yang tidak diketahui oleh manusia pada masa itu
tanpa turunnya wahyu
Adakah kamu berpikiran yang ini secara tepatnya mencerminkan pandangan kamu pada masa itu?
Baik, itu bukanya semua tujuan dan perbincangan yang kita adakan,
perbincangan itu adalah...
mereka membacakan kepada kami beberapa ayat daripada Quran dan mereka selepas itu, mereka akan mengatakan
"Adakah ini sesuai dengan pengetahuan saintifik semasa?"
Dalam beberapa kes kami akan menyatakan ya, kerana selalunya (terdapat) ia dalam kebanyakan semua agama ia selalunya sesuatu
yang ia adalah bersesuaian dan dalam kes-kes lain kami menyatakan "Tidak"
Jadi tidak ada persoalan samada terdapat apa-apa keadaan turunnya wahyu atau lain-lain dalam temubual ini
Pernah kamu mencuba untuk mengeluarkan video ini daripada internet?
Tidak
Sebenarnya ada sesuatu yang saya temui dalam masa terdekat ini
seseorang telah memberi saya Quran sebagai hadiah,
dan setelah saya mengalih pada belakang Quran itu, kamu sebetulnya dalam Quran saya!
Saya tidak tahu jika kamu mengetahuinya,tetapi kamu berada didalam buku suci!
Saya telah melihat ini! Saya juga ada salinannya di rumah.
Saya telah membacanya banyak-banyak tahun yang lepas tetapi ianya tidak ada kaitan langsung dengan temuduga itu khususnya.
Adakah kamu memberi perhatian terhadap perkara ini selanjutnya semenjak kejadian ini?
Tidak!
dan adakah pandangan kamu berubah semenjak perkara itu berlaku?
Baik, kamu lihat, persidangan ini yang saya fikir dalam '79 dan tidak ada apa-apa yang berlaku dan...
Kamu tahu, semua ini dengan kemudahan internet, sebenarnya cuma menyerlah mungkin empat tahun lalu atau apa?
Saya tak boleh ingat!
dan selepas itu seseorang menghantar pesanan di internet
dan saya membalas dan mengatakan "oh saya amat terkejut tetapi ini bukanlah macam mana ianya pada masa itu" dan banyak lagi
dan selepas itu banyak pesanan datang tak berhent-henti
dan selepas itu saya bercakap dengan orang dalam jabatan saya, kami ada jabatan geografi
dimana terdapat dua orang yang betul-betul bercakap bahasa Arab, bukan berbangsa Arab dan mendalami bahasa Arab (Arabist)
itu itulah yang kamu gelar mereka, dan mereka sangat tahu mengenai dunia Arab dengan sangat baik
dan saya beritahu mereka perkara ini dan mereka berkata
"Tengok, tidak ada apa-apa yang kamu boleh buat, kamu cuma perlu menghadapi hidup dengan kenyataan ini, tinggalkanlah perkara itu kerana kami tak boleh memberi nasihat untuk kamu membuat apa-apa pun. Ianya tak akan membantu!'
Akhirnya boleh saya bertanya, adakah kamu menjadi seorang Muslim hasil daripada kejadian ini?
Tak saya tak pernah menjadi seorang Muslim sebelumnya dan saya tidak pernah menjadi seorang Muslim selepas itu!
[Kedua-duanya ketawa]
Dan akhirnya, untuk penghabisan...boleh kamu mengesahkan...
Adakah pandangan yang kamu ungkapkan dalam temubual video ini kepunyaan kamu?
Ini yang sedang kita cakapkan mengenainya betul?
Ya itulah yang kita sedang lakukan pada masa ini!
Pasti, ini adalah pandangan saya sendiri
Dan adakah saya memberi kamu apa-apa ganjaran untuk ini? Kewangan atau sebaliknya?
[Ketawa] Tak, belum lagi!
[Kedua-duanya ketawa dengan jenaka Alfred yang kelakar]
Saya tak akan memberi kamu ganjaran pun!
[kedua-duanya ketawa dengan jenaka TheRationalizer yang sama kelakarnya]
Baiklah, terima kasih banyak-banyak Alfred kerana menyetujui untuk menghadiri temubual ini
Saya akan mencuba untuk memastikan sebanyak mungkin orang 'menyalin dan sebar' video ini
Pasti!
Waktu sekarang adalah 18:30 dan 39 saat...sekarang